Rabu, 30 Jun 2010

Syubhat dan syahwat



Allah menempatkan Adam dan Hawa di dalam syurga yang penuh nikmat. Namun dalam kenikmatan tersebut Allah arahkan mereka supaya jangan menghampiri sebatang pokok. Iblis menimbulkan was-was kepada Adam, kononnya larangan tersebut dibuat supaya mereka berdua tidak kekal dalam syurga. Terdorong dengan keinginan untuk memakan buah dari pohon larangan dan terpedaya dengan sangkaan akan dikeluarkan dari syurga, maka merekapun menghampiri pohon tersebut. Ringkas cerita, mereka dikeluarkan dari syurga.
Pengajaran dari kisah ringkas di atas
1. Allah Taala sentiasa membekalkan panduan kepada manusia untuk kebahagian hidup mereka di dunia dan akhirat. Sebagai tuhan yang menjadikan manusia, pasti Allah Maha Mengetahui akan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh manusia. Tapi sayang, manusia seolah-olah lupa lantas menyanggah peraturan Allah sama ada secara sengaja atau tidak. Kalaulah dalam syurga pun ada garis panduan, maka di dunia ini lebih-lebih lagi.
2. Dari kisah di atas, ulamak menyimpulkan bahawa syubhat dan syahwat adalah punca manusia melakukan maksiat kepada Allah. Syubhat merujuk kepada kesamaran dan kejahilan manusia dari membezakan hak dan batil. Syahwat pula merujuk kepada keinginan yang tidak dikawal, tidak kira sama ada berbentuk syahwat perut, kemaluan, mata, telinga, lidah, kebanggaan dsb. Asalkan keinginan tersebut lari dari ketaatan kepada Allah.
Sebagai contoh, mengapa ada orang suka mengumpat sedangkan ia termasuk dalam dosa besar?
Mungkin dia tidak tahu bahawa mengumpat itu berdosa. Atau dia tahu mengumpat itu berdosa, tapi dia tidak boleh membezakan adakah tindakannya itu mengumpat atau tidak. Kadang-kadang ada yang memberi alasan; aku bukan mengumpat, tapi memang benda ni betul-betul berlaku. Maka, lantaran kejahilan dan keraguan, dia terjebak dalam maksiat. Mungkin dia tahu perbuatannya itu adalah mengumpat, tapi diteruskan juga. Mengapa? Kerana dia tidak dapat mengawal keinginan nafsunya agar menceritakan keburukan orang lain. Itulah dipanggil mengikut syahwat.
Contoh lain, mengapa ada orang yang tidak ke masjid untuk solat berjamaah.
Mungkin dia tidak tahu bahawa terdapat banyak hadis yang menganjurkan orang lelaki menunaikan solat berjamaah di masjid atau surau. Bahkan nabi hampir-hampir mahu membakar rumah orang yang solat sendirian dirumahnya! Lantaran kekallah dia solat bersendirian di rumah kerana kejahilan tadi… syubhat! Atau, mungkin dia tahu dengan galakan dan amaran tersebut, tetapi dikuasai sifat malas, sibuk dengan urusan dunia dsb. Itulah dipanggil syahwat.
Maka kiaskanlah kepada contoh-contoh kealpaan yang lain, pasti kita akan dapati ia berpunca dari salah satu dari sebab tadi; sama ada syubhat ataupun syahwat. Mahu tidak mahu, kita akan mengakui bahawa salah satu dari dua unsur tadi telah memperdaya kita.
Jalan keluar
Pertama, tingkatkan ilmu tentang agama Allah. Jangan jemu, malu dan kedekut untuk menimba ilmu. Kalau kita boleh menonton dan membaca akhbar berjam-jam, tidak adil jika kita tidak boleh luangkan masa untuk mendalami agama Allah. Kalau kita yakin ilmu boleh menyelamatkan kita di dunia dan akhirat, maka tidak ada sebab untuk kita malu menghadiri masjlis ilmu yang banyak di keliling kita. Kalau kita boleh membeli majalah untuk hiburan dan pengetahuan am, maka tiada sebab kita tidak boleh laburkan sedikit wang untuk membeli bahan bacaan yang boleh mengeluarkan kita dari kegelapan kejahilan.
Kedua, didik diri supaya tidak tunduk kepada keinginan nafsu. Amalkan ilmu yang diperolehi. Mohon bantuan Allah seperti doa diajarkan oleh Nabi; Ya Allah! Bantulah aku supaya dapat mengingatiMu, mensyukuriMu dan elok ibadahku kepadaMu. Bersahabatlah dengan orang yang boleh mengingatkan kita ketika lupa dan mengajak kita kepada kebaikan. Paksa diri untuk buat kebaikan, walaupun pada awalnya kita rasa tidak ikhlas. Orang jahil akan berkata; kalau tak ikhlas tak payah buat. Maka bersoraklah syaitan! Tapi orang berilmu menegaskan; biarpun mula-mula aku tak ikhlas, lama-lama akan ikhlas juga. Maka kecewalah syaitan!
Seruan
Kepada orang yang malas menuntut ilmu. Adakah memadai ilmu yang kita miliki sekarang? Atau kita tewas dengan nafsu kita yang sentiasa dihiasi syaitan?
Kepada yang tidak ke surau untuk berjamaah. Apakah alasan hendak kita beri apabila disoal Allah kelak? Atau sebenarnya kita memang berat untuk menyahut seruan Allah?
Oleh: Ustaz Azzahar bin Abd. Aziz,

Ahad, 2 Mei 2010

Lelaki Idaman.........

Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa…
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya

Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa

Persoalannya...

Masih adakah lelaki idaman itu??
Layakkah aku pada insan yang sedemikian???

Isnin, 12 April 2010

SALAM IMTIHAN

Assalamualaikum...
salam imtihan..
kepada semua sahabat2 yang berada di Kolej Universiti Insaniah, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan di mana jua...

Khamis, 4 Februari 2010

Bacalah Yasin

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : "Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan" : iaitu :

1) Apabila orang lapar membaca surah Yasin, ia boleh menjadi kenyang.
2) Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3) Jika orang yang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4) Jika dalam ketakutan boleh hilang rasa takut.
5) Jika terpenjara akan dibebaskan.
6) Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenagan apa yang dilihatnya.
7) Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8) Jika dibacakan kepada orang yang meninggal dunia, Allah meringan seksanya.
9) Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10) Jika dibacakan kepada orang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11) Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al - Quran itu ialah Yasin Sesiapa membaca surah Yasin nescaya Allah menuliskan pahala seperti pahala membaca Al - Quran
sebanyak 10 kali.
12) Sabda Rasulullah s.a.w lagi, " Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari,
turunlah beberapa malaikat berbaris bersama malaikat maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya
diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnay dimandikan dan menyembahyangkan jenazahnya".
13) Malaikat maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yasin sehingga datang
Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alngkah nikmat
perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya
diambil .
14) Rasulullah s.a.w bersabda : Sesiapa bersembahyang sunat 2 rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat
pertama surah Yasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan huruf cahaya di hadapannya pada hari
kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi keesmpatan membela 70
orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang- ornag munafik.

Sabtu, 2 Januari 2010

Hari Pertama

Assalamualaikum....Hari berlalu dengan terlalu cepat..pejam celik..pejam celik dah tahun 2010. Hari ini adalah hari pertama anak saudara ana masuk tahun satu...tak sempat plak ana nak tgk dia p sek..kalau dok kat kg mesti boleh usik dia cikit2...maklumlah..usik2 manja..hehe..tapi x pa lah..harap2 kakak ok lah p sekolah ari ni..jangan lari balik sudah..Insyaallah cikgu kakak ok semua 2..jangan bagi ummi teman sudah la.malu kat kawan2 noh..ok xpa lah..ni pesanan untuk kakak..p sekolah belajaq elok2 tau..kot2 la masa depan kakak bleh jadi ustazah ka..Insyaallah...

Pengikut